SENTUHAN lukisan oleh Rosli Mat, salah seorang pelukis terkenal negara yang bertajuk Penggesek Biola Buta diadaptasi daripada sastera genre sajak karya Nahmar Jamil cukup menarik perhatian dan menyentuh jiwa. Begitu juga lukisan bertajuk Aku Telah Pulang diispirasikan dari puisi Sasterawan Negara berasal daripada Perlis, Datuk Rahman Shaari yang dihasilkan Pengerusi Persatuan Pelukis Negeri Perlis (PPNPs), Yaakob Abd. Aziz serta karya Belantara hasil garapan pelukis, Jamaluddin Abd. Rahman cukup melekat di…