fbpx

Ismail Sabri rasmi Karnival Anak Muda GEGOR Bera, Sabtu ini

MOHAMAD LUKMAN AFIQ Mohamad Faizal (duduk) ketika sidang akhbar di Dewan Kompleks UMNO Padang Luas di Bera, Pahang.

BERA: Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR Bera bakal menggegarkan daerah ini dengan pelbagai aktiviti menarik terutama menerusi acara Santai e-Games yang akan mencungkil bakat anak muda.

Karnival yang bakal menyaksikan lebih 2,000 pengunjung itu anjuran Miat Qudra Esport dan akan dirasmikan pada 12 November ini. oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Pengerusi Miat Quadra Esport, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal berkata, terdapat tiga segmen utama iaitu acara e-sukan (Santai e-Games), Karnival kerjaya (JaminKerja) dan Konsert Keluarga Malaysia.

Selain itu katanya, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang turut disediakan bagi semua pengunjung yang hadir ke karnival itu seperti ujian pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan motosikal, ‘foodtruck’ dan gerai-gerai jualan.

“E-sukan Malaysia ini bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi boleh dijadikan kerjaya sukan dalam kalangan anak muda, malah ramai pemain muda berjaya di peringkat antarabangsa.

“Seramai 190 peserta dari 38 pasukan akan menyertai aktiviti e-sukan yang pastinya akan menyerlahkan kemahiran mereka dalam e-sukan ini dan acara ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM25,000 termasuk cabutan bertuah bernilai sehingga RM3,000, selain berpeluang memenangi telefon pintar,” katanya di Dewan Kompleks UMNO di Padang Luas di sini hari ini.

Mohamad Lukman Afiq berkata, karnival yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia turut menyediakan peluang kerjaya kepada anak muda dalam kawasan Parlimen Bera dan kawasan sekitar.

Katanya, selain menampilkan acara e-sukan (Santai e-Games), acara karnival kerjaya (JaminKerja) dan konsert Keluarga Malaysia.

“E-sukan adalah instrument Perpaduan yang terbukti berjaya mengeratkan ukhuwah anak muda di Malaysia tanpa mengira fahaman politik, agama dan budaya.

“Jadi, kami mengalukan penyertaan anak muda Bera dan kawasan sekitar untuk memeriahkan Santai e-Games dan Karnival #KeluargaMalaysia : Anak Muda GEGOR Bera pada Sabtu ini,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received