Kuih sopang lemak manis

Kuih sopang lemak manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuih sopang merupakan kuih tradisional yang popular di Negeri Sembilan dan sering dihidangkan ketika majlis keramaian serta minum petang.

Rasanya yang lemak dan manis menjadikan kuih sopang antara makanan warisan yang masih digemari hingga kini.

Keunikan penyediaannya juga mencerminkan budaya dan tradisi masyarakat Negeri Sembilan yang kaya dengan warisan makanan tradisional.

Inti:
• 1 ketul gula Enau
• 1 senduk gula pasir
• 500 gram kelapa muda (parut)
• 3 helai daun pandan
• Air

Kulit:
• Tepung pulut secukupnya
• Air

Kuah Santan:
• 250 ml santan
• 1 sudu teh garam
Cara penyediaan:

Cara penyediaan inti:
• Masukkan air, gula enau, daun pandan dan kelapa parut dalam periuk. Masak sehingga likat dan sedikit kering.
Kuah Santan:
• Panaskan santan dan garam

Cara penyediaan kulit:
• Tepung pulut campur dengan air. Uli sehingga tepung tidak melekat.

• Bulatkan tepung di atas plastik atau boleh guna daun pisang. Kemudian letakkan inti di tengah-tengah dan balut seperti bentuk kuih karipap

• Susun kuih dalam bekas, letakkan kuah santan dan kukus sehingga masak.

• Sedia untuk dihidang.

Kredit: Farin Hashim/ Instagram: @farin.hashim/@sopunk.co

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN