Asam pedas telur ikan mayong merupakan antara hidangan tradisional Melayu yang digemari ramai.
Apatah lagi dengan kuahnya yang pekat dan berempah, di samping telur ikan mayong yang lembut dan berlemak.
Gabungan tersebut menjadikan setiap suapan terasa lebih istimewa.
Bahan tumis :
• 1 sudu kecil jintan manis dicampur jintan hitam
• 3 tangkai daun kari
• 1 serai (diketuk)
• 1/2 cawan minyak masak
• 1 sudu besar serbuk kari
Bahan kisar :
• 2 biji bawang merah Bombay
• 3 ulas bawang putih
• 1/2 inci halia
• 1 inci kunyit hidup
• 3 sudu besar cili kering
• 10 tangkai cili padi
Bahan perasa :
• 1 sudu kecil asam Jawa
• 1/2 keping gula Melaka
• 1-3 sudu kecil garam
• Daun kesum secukupnya
• Bunga kantan (dibelah dua)
• 1 kilogram telur ikan mayong
Bahan hiasan :
• Bendi
• Kacang panjang
• Tomato
• Cili padi
Cara penyediaan:
• Tumis kesemua bahan jintan, serai dan daun kari
• Masukkan bahan kisar dan tumiskan sehingga pecah minyak
• Masukkan serbuk kari 1 sudu besar
• Tumis lagi sehingga pecah minyak
• Seterusnya, masukkan air 1 liter.
• Masukkan daun kesum, bunga kantan, garam, asam jawa dan gula Melaka
• Panaskan kuah sehingga mendidih seterusnya masukkan telur ikan mayong
• Didih selama 30 minit menggunakan api sederhana
• Masukkan bahan hiasan.
• Sedia untuk dihidangkan.










