SIAPA kata orang diet tidak boleh menikmati pencuci mulut? Resepi Seri kali ini menjadi pilihan sempurna kerana ia rendah kalori tetapi tetap menyegarkan.
Dengan gabungan tekstur agar-agar yang kenyal dan rasa masam manis yogurt, resepi ini sesuai untuk mereka yang mahu jaga badan tapi masih dapat menikmati makanan lazat.
Mudah disediakan, cepat siap,dan paling penting, ia boleh jadi kudapan sihat bila-bila masa anda inginkan sesuatu yang manis tetapi ringan.
Bahan-bahan:
– 2 sudu teh serbuk agar-agar
– 200ml susu krim atau cair
– 100ml air kosong
– 400ml yogurt asli
– Setengah cawan gula
– buah-buahan pilihan
Cara penyediaan:
– Cuci dan potong buah-buahan untuk diletakkan di dalam agar-agar.
– Susun buah yang dipotong kedalam acuan. Letakkan di dalam peti ais selama 10 minit.
– Masukkan dua sudu serbuk agar-agar ke dalam periuk. Kemudian tambahkan susu krim dan 100ml air ke dalam periuk.
– Masak dengan menggunakan api kecil selama dua minit sehingga agar-agar larut. Elakkan ia terlampau berbuih.
– Masukkan 400ml yogurt asli dan setengah cawan gula. Teruskan masak bancuhan agar-agar dengan api kecil sehingga gula larut.
– Masukkan buah-buahan yang dipotong ke dalam bancuhan agar-agar. Gaulkan selama 30 saat dan tutup api.
Cedok bancuhan agar-agar dan masukkan perlahan-lahan ke dalam acuan. Sejukkan agar-agar sehingga keras selama 4 jam sebelum dinikmati.
Credit: Hidayah Sazli (Resepi Limau Nipis)










