Wanita cekal ini sudah lama berdepan pelbagai masalah kesihatan, namun semangatnya untuk terus bertahan memberi inspirasi kepada ramai. Sejak berusia 19 tahun, Ashfareena Abdul Talib disahkan menghidap diabetes jenis 1, apabila pankreasnya langsung tidak mampu menghasilkan insulin. Bukan berpunca daripada faktor pemakanan, tetapi hakikat tubuhnya sendiri yang tidak lagi berfungsi seperti orang lain. Sejak itu, hidupnya bergantung kepada suntikan insulin sebanyak empat kali sehari, tanpa gagal. Ketika masih muda, doktor…