Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 baru-baru ini, mendedahkan 65 peratus wanita berusia 20 tahun ke atas tidak menjalani ujian pap smear bagi mengesan tanda-tanda kanser serviks sejak tiga tahun lalu. Saringan pap smear sangat penting bagi mengesan awal sel kanser di pangkal rahim atau tanda-tanda tidak normal lain bagi meningkatkan peluang sembuh tanpa perlu membuang sistem peranakan. Pakar Perunding Sakit Puan KPJ Tawakkal, Dr. Patricia Lim Su-Lyn berkata,…










