Kentang bantu atlet negara pecah rekod dunia - Utusan Malaysia

Kentang bantu atlet negara pecah rekod dunia

Makan kentang balut dan kentang cajun panggang bantu Soh Wai Shing rangkul gelaran juara dunia pelari menara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelari menara nombor satu Malaysia yang disahkan sebagai pemegang Guinness World Record (GWR) lelaki, Soh Wai Ching mendedahkan keupayaan dirinya merangkul gelaran juara kerana banyak makan kentang.

Katanya, antara hidangan dinikmati sebagai persediaan ialah makan kentang balut dan kentang cajun panggang dari jenama Kentang A.S dalam diet pemakanan. Malah turut mengamalkan minuman dari jenama sama.

“Sebelum membuat percubaan memecahkan rekod itu, saya makan pelbagai jenis sajian diperbuat daripada kentang. Malah dalam percubaan memecah GWR, saya meneguk minuman kentang sewaktu turun dari tingkat 65 ke tingkat bawah, sebelum meneruskan pendakian seterusnya.

“Minuman itu memberikan tenaga untuk meningkatkan prestasi saya,” katanya.

 

Aksi Soh Wai Ching sebagai pelari menara nombor satu Malaysia.

Wai Ching, dinobatkan sebagai pemegang GWR lelaki yang baharu untuk cabaran pendakian tangga menegak selepas melakukan catatan satu jam dengan jarak 1.295 kilometer (km).

Beliau memecahkan rekod dengan menaiki tangga bangunan hotel dari tingkat bawah ke tingkat 66, tiga kali ditambah satu dakian penuh dari tingkat bawah ke tingkat 65. Pencapaian dirinya itu membuktikan kemampuan menewaskan pemegang rekod terdahulu, David Robles Tapia dari Sepanyol dengan jarak 1.227km.

Katanya, matlamat utama dirinya dalam percubaan memecahkan GWR itu adalah untuk menjadi inspirasi kepada ahli-ahli sukan dan belia Malaysia dalam mencapai kecemerlangan, menyerlahkan kreativiti, mengejar impian dan menjadikannya ia satu kenyataan.

Sementara itu, memetik kenyataan dari Kentang A.S, hasil penyelidikannya mendapati kentang merupakan makanan semula jadi sihat, berkhasiat serta memberi tenaga.

Sumber karbohidrat itu turut kaya dengan nutrien yang mudah dihadam, melebihi kebanyakan sayuran lain yang menjadi kegemaran orang ramai. Sebiji kentang berkulit, saiz sederhana (anggaran 148 gram) mampu membekalkan sebanyak 110 tenaga kalori.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×