Amyra Rosli bakal bersalin, Amar Baharin mohon doa - Utusan Malaysia

Amyra Rosli bakal bersalin, Amar Baharin mohon doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya menghitung detik untuk menimang cahaya mata ketiga, pelakon, Amar Baharin memaklumkan isterinya yang juga aktres, Amyra Rosli kini sudah memasuki dewan pembedahan bersalin.

Menerusi hantaran di Threads, Amar turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar proses pembedahan yang dijalani isterinya berjalan lancar.

Tunggu mahu masuk dewan pembedahan bersalin (OT). Doakan isteri saya selamat melahirkan anak. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kesempurnaan pada anak dan isteri,” katanya.

Sebelum ini, Amyra menerusi sebuah hantaran di Instagram turut memanjatkan rasa syukur kerana melalui perjalanan yang indah sepanjang kehamilan ketiganya itu.

“Ya Allah, terima kasih atas perjalanan yang indah ini. Untuk setiap tendangan kecil, setiap doa dan setiap detik yang membawa kami hingga ke tahap ini.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan kami, lindungi ibu dan bayi, kurniakan kesihatan yang baik, dan hadirkan anak ini ke dunia dengan selamat, sempurna dan penuh keberkatan. kali ini

“Semoga kamu sentiasa dikelilingi kasih sayang, dilindungi Allah dan membesar menjadi insan yang baik serta membawa kebaikan ke mana sahaja kamu pergi,” kongsinya.

Untuk info, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan memiliki sepasang cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×