Saville Wonderland tarikan baharu di Semenyih - Utusan Malaysia

Saville Wonderland tarikan baharu di Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“APA ada di Semenyih selain Bukit Broga?”
Itu persoalan yang sering saya ungkapkan sekiranya kawan-kawan mengajak untuk bercuti atau melawat ke kawasan yang terletak dalam daerah Hulu Langat ini.
Akan tetapi, persepsi tersebut berubah sama sekali dan saya dapat rasakan Semenyih antara kawasan terbaik untuk dimasukkan dalam kalender percutian terutama bagi mereka yang berkeluarga.
Ada banyak sebab untuk saya berkata demikian terutama selepas melawat Saville Wonderland.
Kawasan berkeluasan sembilan ekar ini mempunyai kemudahan dan aktiviti berkonsepkan pelancongan agro.
Tidak keterlaluan saya katakan Saville Wonderland merupakan zoo mini kerana mempunyai pelbagai jenis haiwan seperti kuda, burung unta, landak, rusa, lembu sado, rakun, iguana dan bermacam lagi.
Apa yang menarik, semua haiwan di sini jinak dan pengunjung yang membawa keluarga boleh biarkan sahaja anak-anak bermain tanpa bimbang bermula pukul 9 pagi sehingga 6 petang.
Sementara menanti anak-anak mendekatkan diri dengan haiwan tersebut, anda boleh memancing di dua kolam yang menempatkan ikan puyu dan sebuah lagi mempunyai pelbagai spesies ikan air tawar.
Memancing sepuas yang mahu kerana bayaran hanya dikenakan berdasarkan berat ikan ditangkap sahaja dan perkhidmatan sewa peralatan turut disediakan iaitu RM20 untuk sebatang joran dan RM2 bagi membeli umpan.
Bukan itu saja, di sini terdapat aktiviti seperti menerokai hutan dengan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) dengan jarak sejauh 14 kilometer (km).
Laluan bagi aktiviti ini akan bermula dari Saville Wonderland sehinggalah tiba ke Kem Anugerah Alam, Sungai Batangsi.Trek sememangnya mencabar dan betul-betul menguji tahap adrenalin seseorang. Ada masa saya sendiri agak gayat apabila melihat ATV seperti hampir terbalik di saat cuba melepasi cerun.
Nasib baik juru pandu ‘sempoi’ dan cekap dalam mengendalikan pelbagai situasi.Tetapi percayalah, semua orang mampu lakukan dan apa yang perlu ada hanyalah sedikit keberanian.
Malah, peserta juga akan mengharungi Sungai Batangsi dengan menggunakan ATV sebelum tiba di check point terakhir.
Namun paling penting selain keseronokan terdapat beberapa ‘spot’ di laluan ATV untuk mereka suka ‘berOOTD’ (outfit of the day).
Bagaimanapun, kalau tidak mahu bermain lumpur atau mempunyai kekangan masa, pengunjung boleh mencuba aktiviti lain seperti memanah atau menunggang kuda.
Selain menyediakan 1,001 aktiviti, pengunjung boleh mencuba makanan eksotik di W

arong Cikgu Hashim.
Saya sendiri sudah menikmati hidangan daging burung unta buat pertama kalinya dalam hidup di sini.
Sekiranya mahukan sesuatu kelainan yang lebih, pengunjung boleh mencuba rusa atau landak di sini.
Menurut Pengurus Mohd. Lokman Hakim Johar, selain dibuka untuk beriadah, Sevilla Wonderland turut dibuka setiap hari kecuali Isnin untuk aktiviti berkumpulan termasuk team building.
Kepada yang mahu berkunjung ke sini boleh mencari di aplikasi Waze Saville Free Range Agro atau boleh menghubungi 013-6003501. – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya