PdPR: Kanak-kanak stres tanpa tunjuk ajar - Utusan Malaysia

PdPR: Kanak-kanak stres tanpa tunjuk ajar

Anak perlu dorongan keluarga dalam mengikuti PdPR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ibu bapa dan ahli keluarga lebih dewasa yang tidak memberikan tunjuk ajar di kenalpasti sebagai punca kanak-kanak tertekan sewaktu menjalani Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof. Adjung PICOMS Kolej University, Dr. Bustam Kamri berkata, kanak-kanak stres sebab ibu bapa atau orang dewasa yang ada di rumah tidak memberi tunjuk ajar kepada selepas sesi pembelajaran secara dalam talian dilakukan.

Katanya, ibu bapa berperanan besar dalam memastikan PdPR berkesan dan adalah tidak wajar menyalahkan kaedah tersebut kerana di rumah ibu bapa merupakan guru untuk anak-anak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

PdPR berlangsung sejak Mac 2020. Namun ada ibu bapa yang berpendapat kaedah itu kurang sesuai. Mereka mendesak kerajaan segera membuka sekolah bagi membolehkan kaedah pengajaran secara bersemuka dapat dijalankan.

Dr. Bustam yang juga Penasihat Akademik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka menafikan PdPR sebagai beban.

DR. BUSTAM KAMRI

Sebaliknya menegaskan, evolusi pembelajaran secara dalam talian itu adalah antara jalan keluar kanak-kanak untuk terus menuntut ilmu.

KANDUNGAN

Bagaimanapun, beliau bersetuju sekiranya kandungan PdPR diselaraskan mengikut pemahaman dan aras pendidikan kanak-kanak bagi membolehkan proses pendidikan berkesan dan anak-kanak kurang tertekan.

“Sekiranya ada guru yang menyediakan bahan ala kadar bagai melepaskan batuk di tangga, ia akan menyebabkan kanak-kanak bosan. Sebabnya kadang-kadang bahan yang dipaparkan tidak menarik dan tidak sesuai dengan keupayaan mereka untuk memproses maklumat.

“Bahan disediakan perlulah bersifat interaktif agar kanak-kanak tersebut lebih bersemangat dan mereka tidak stress,” kongsinya.

SOKONGAN

Menangani situasi itu andai PdPR dilaksanakan sekali lagi pada masa depan, Bustam berkata, ibu bapa atau mana-mana orang dewasa yang berada di rumah perlu memberi sokongan termasuk bantuan kepada murid dalam proses menyiapkan latihan sekolah yang diberikan oleh guru.

“Konsep belajar bagi kanak-kanak adalah melihat benda-benda yang wujud, nampak dan boleh disentuh. Sekiranya pembelajaran hanya fokus kepada satu dimensi sahaja iaitu dalam talian, ia kurang efektif.

“Apabila kanak-kanak belajar di YouTube, mereka hanya boleh meniru, untuk menghayati dan memahami sepenuhnya itu tidak berlaku. Kerana di peringkat tadika perlu ada guru untuk mengajar secara bersemuka agar boleh dikuasai sepenuhnya pembelajaran tersebut,” jelasnya.

Oleh sebab itu, penting ada ibu bapa atau orang dewasa di rumah yang membimbing dan tidak membiarkan kanak-kanak itu belajar secara sendiri.

“Apabila ibu bapa turut memberikan kerjasama, PdPR dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan sekaligus tidak akan membantutkan perkembangan pendidikan kanak-kanak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya