Penjagaan kewanitaan bebas iritasi - Utusan Malaysia

Penjagaan kewanitaan bebas iritasi

LIBRESS SensitiV direka berdasarkan kontor badan untuk keselesaan dan padanan sempurna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pemilihan tuala wanita sesuai memberikan lebih keselesaan menjalani urusan harian. Sekiranya tidak, ia boleh mengundang ketidakselesaan sepanjang hari.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Patricia Lim Su-Lyn berkata, vulva atau bahagian luar intim wanita, sentiasa bersentuhan dengan seluar dalam, pelapik dan tuala wanita.

Katanya, disebabkan ia terdiri daripada tisu mukosa, ia mudah mengalami iritasi.

“Pemilihan pakaian dalam dan penjagaan feminin lembut adalah pilihan terbaik.

“Ramai wanita memilih produk terbaik untuk wajah, maka perkara sama perlu dilakukan pada bahagian sulit mereka,” katanya.

Memahami keperluan wanita, Libresse baru-baru ini melancarkan Libresse SensitiV, rangkaian penjagaan feminin diperakui hipoalergenik dan diuji secara dermatologi dengan 0 peratus alergen biasa, wangian dan pewarna.

Ia menawarkan penjagaan paling lembut untuk vulva dan Zon-V.

Kajian mendapati tujuh daripada 10 wanita menyedari bahawa kulit vulva adalah sangat halus, dengan 86 peratus tahu bahawa vulva mudah mengalami iritasi disebabkan geseran, kelembapan berlebihan, pertumbuhan bakteria buruk, wangian dan pewarna.

Justeru hampir semua bersetuju bahawa vulva memerlukan penjagaan yang lebih lembut.

Sementara 75 peratus lebih suka menggunakan produk penjagaan feminin hipoalergenik.
Rangkaian ini memenuhi keperluan untuk dua ujian ketat yang ditetapkan oleh International Contact Dermatitis Research Group (ICDRC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×