Bakat sains dalam kalangan kanak-kanak boleh dicungkil sejak usia masih kecil. Cuba perhati gelagat si cilik bermain dengan pasu kaca kegemaran anda, memetik kelopak bunga atau membuang makanan di atas lantai. Ini menunjukkan bahawa mereka sentiasa berusaha untuk meneroka dan bereksperimen dengan sesuatu. Jangan jadikan penularan wabak Covid-19 memberi impak terhadap pendidikan, pertumbuhan dan pembangunan sosial kanak-kanak. Ibu bapa mungkin boleh mencuba lima eksperimen sains ini sebagai hiburan dan pendidikan…