Koleksi Heritage Sugarbomb dilancarkan di Dubai

Koleksi Heritage Sugarbomb dilancarkan di Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nostalgia bukan sekadar kenangan, tetapi aroma jiwa yang menghidupkan semula detik terindah.

Menyingkap keindahan warisan dan emosi masa lalu, jenama minyak wangi tempatan, Sugarbomb memperkenalkan koleksi terbaharunya, Heritage.

Wangian eksklusif itu dilancarkan dalam pameran kecantikan antarabangsa, Beautyworld Middle East 2025 di Dubai World Trade Centre, baru-baru ini.

Ia menampilkan lima wangian ikonik iaitu Bara Senja, Suci Nurani, Titis Embun, Seloka Malam dan Gemersik Sutera.

Istimewanya, Sugarbomb merupakan wakil tunggal ASEAN dalam acara berprestij itu.

Jurucakap syarikat berkata, koleksi itu dibangunkan bersama syarikat pembekal minyak wangi terbesar dunia, Givaudan.

Selain itu, pihaknya turut bekerjasama dengan pengilang batik dari Kelantan, Tinta Sutera bagi mencanting motif batik eksklusif pada penutup setiap botol wangian.

Inisiatif tersebut sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam mengangkat budaya tempatan ke peringkat global.

Sehingga kini, Sugarbomb berjaya menembusi pasaran antarabangsa melalui pengedar rasmi di Dubai, Filipina, Singapura, Brunei, Indonesia, United Kingdom dan India.

Seterusnya, jenama ini menyasarkan pasaran Eropah, Argentina dan Amerika Utara sebagai destinasi baharu untuk memperluas capaian global mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×