Bapa kuatkan hati terima anugerah Anumerta arwah anak - Utusan Malaysia

Bapa kuatkan hati terima anugerah Anumerta arwah anak

AB. RAZAK Ahmad (kiri) menerima anugerah bagi pihak arwah anaknya, Allahyarham Muhammad Raafi yang disampaikan Yuserrrie Zainuddin pada Majlis Konvokesyen UMP di Gambang, Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Ketika ibu bapa lain gembira hadir menyambut kejayaan anak masing-masing menamatkan pengajian, sepasang suami isteri, Ab. Razak Ahmad, 67, dan Norhana Hanim Abdullah, 65 terpaksa menguatkan hati menerima Anugerah Anumerta arwah anak dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) semalam.

Anak pasangan berkenaan, Muhammad Raafi, 22, graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam meninggal dunia pada 15 Oktober 2021 akibat kemalangan jalan raya.

Ab. Razak berkata, meskipun hasrat melihat anak bongsunya naik pentas untuk mengambil ijazah tidak kesampaian, namun bagi menghargai perjuangan anaknya yang telah mengikuti pengajian selama ini, beliau sanggup menghadiri dan mewakili arwah untuk naik ke pentas konvokesyen menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen kali ini.

“Allahyarham Muhammad Raafi memang rapat dengan saya dari kecil lagi dan sering menyatakan ingin mengikut jejak abang dan kakaknya yang memasuki universiti.

“Memandangkan kami tidak pernah berjauhan, arwah memilih UMP sebagai destinasi menyambung pengajiannya kerana berhampiran dengan rumah kami iaitu di Pekan Pahang,” katanya selepas menerima anugerah bagi pihak arwah anaknya yang disampaikan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrrie Zainuddin.

Ab. Razak berkata, kematian akan menjemput sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia baik muda mahupun tua.

Tambahnya, jika dilihat pada lumrah kehidupan, dia sepatutnya pergi dahulu, tapi kuasa Allah SWT melebihi segalanya dan reda dengan ketentuan ilahi.

“Namun saya berbangga dengan kejayaan arwah sama seperti anak-anak yang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya