Malas mahu diet tapi bila tengok model dan mereka berumur 40-an, terus saya rasa tertekan - Liyana Jasmay - Utusan Malaysia

Malas mahu diet tapi bila tengok model dan mereka berumur 40-an, terus saya rasa tertekan – Liyana Jasmay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem, Liyana Jasmay mengakui berasa tertekan untuk kembali mendapatkan tubuh langsing selepas melihat penampilan model-model yang masih kelihatan tegap meskipun sudah berusia 40-an.

Liyana, 38, berkata, ada kalanya dia berasa malas untuk melakukan diet dan mahu menerima keadaan tubuhnya yang kini lebih berisi berbanding sebelum ini.

“Kadang-kadang, rasa macam malas mahu diet. Biarlah tembam sikit badan ini. Tidak pernah lagi badan saya tembam macam ini yang ada isi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas itu, tengok model-model Victoria’s Secret yang berusia 40-an, saya terus berasa tertekan dan mula fikir bahawa saya perlu kembali kurus serta kekalkan bentuk badan yang cantik,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, Liyana turut berasa hairan apabila merasakan wanita seolah-olah perlu berdepan tekanan untuk sentiasa menjaga penampilan dan bentuk badan.

“Kenapa jadi perempuan susah sangat? Rasa mahu sepak seseorang dan makan tiramisu dalam masa yang sama,” selorohnya.

Untuk rekod, filem lakonan Liyana Jasmay yang paling epik dan ikonik ialah Papadom (2009) arahan Allahyarham Afdlin Shauki, yang melayakkan beliau merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi watak Miasara.

Terkini, Liyana Jasmay membuat kemunculan sulung sebagai pengarah filem komersial menerusi Pemuja Syaitanyang mula ditayangkan di pawagam pada 15 Oktober lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini