Walaupun disunting, aurat yang dipapar itu tetaplah aurat - Eyra Hazali - Utusan Malaysia

Walaupun disunting, aurat yang dipapar itu tetaplah aurat – Eyra Hazali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Eyra Hazali, menasihati wanita bertudung supaya tidak memuat naik gambar suntingan kecerdasan buatan (AI) yang mendedahkan aurat bagi mereka yang menyertai trend era 80-an yang tular ketika ini.

Eyra atau Hazirah Qasdina Hazali, 27, berkata, imej yang dipaparkan tetap dianggap aurat sendiri walaupun imej itu dihasilkan secara digital.

Katanya, perkongsian gambar sedemikian di media sosial juga mendedahkan pengguna kepada risiko imej disimpan, diambil tangkap layar atau disalahgunakan pihak lain.

“Hai semua! Untuk wanita yang menyertai trend era 80-an itu, saya cuma mahu berkongsi satu peringatan secara baik untuk kita yang bertudung. Walaupun gambar itu sekadar suntingan atau AI, aurat yang terpapar itu tetap dikira aurat kita.

“Tambah pula apabila kita muat naik di platform awam, risiko gambar itu diambil tangkap layar atau disalahgunakan oleh orang lain sangat tinggi. Saya sayang kamu semua, jadi jangan muat naik.”

Terdahulu, trend gambar AI bertemakan era 80-an tular di media sosial, apabila ramai pengguna menghasilkan potret dengan gaya fesyen retro menggunakan teknologi kecerdasan buatan.

Tidak ketinggalan, ramai wanita yang kini sudah berhijab menggunakan imej mereka yang tidak memakai tudung untuk dijadikan trend tersebut.

Untuk rekod, Eyra Hazali memulakan kariernya sebagai pelakon sejak kecil lagi dan popular dengan wataknya sebagai Ardina dalam siri drama Mr. Grey.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×