Kisah cinta Tun Siti Hasmah, Tun Mahathir buat saya terinspirasi - Mimi Lana - Utusan Malaysia

Kisah cinta Tun Siti Hasmah, Tun Mahathir buat saya terinspirasi – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Mimi Lana mengakui masih terkesan dengan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, bahkan gagal mengawal emosinya setiap kali terlihat momen mesra beliau bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mimi, melihat kemesraan yang dipamerkan oleh dua figura yang disegani itu membuatkan dirinya lpercaya bahawa akan kewujudan cinta sejati.

“Hati saya masih terasa pedih dengan berita semalam. Saya cuba untuk bertenang, tetapi setiap kali melihat video Tun Dr Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir, saya berasa terinspirasi dan pada masa sama, hati saya hancur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kasih sayang yang mereka kongsikan sangat indah untuk disaksikan. Cinta sejati itu benar-benar wujud,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Dalam hantaran sama, pelakon filem Polong itu turut mendoakan agar bekas Perdana Menteri itu diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan isteri tercinta.

“Semoga Allah kurniakan Tun Mahathir kekuatan dan ketabahan. Semoga suatu hari nanti mereka dipertemukan semula di syurga. Pasti, insya-Allah. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah,” tulisnya.

Tambah Mimi, kisah cinta pasangan berkenaan membuatkannya terinspirasi dan berdoa agar dia bersama pasangannya, Syafiq Kyle dikurniakan kesempatan untuk menjalani kehidupan bersama sehingga usia tua.

“Melihat mereka bersama membuatkan saya turut berdoa untuk diri sendiri. Semoga Allah panjangkan usia saya dan pasangan dalam kesihatan yang baik.

“Semoga Allah kurniakan kami rezeki untuk terus menjaga serta menyayangi satu sama lain hingga ke hari tua. Amin Ya Rabbal Alamin,” luahnya.

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), semalam pada usia 100 tahun.

Pemergian beliau turut mengundang ucapan takziah daripada ramai selebriti termasuk Mimi yang mengenang khidmat serta teladan ditinggalkan Allahyarhamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×