Pencarian Chef Cilik Subi pupuk hubungan ibu bapa, anak - Utusan Malaysia

Pencarian Chef Cilik Subi pupuk hubungan ibu bapa, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Program Pencarian Chef Cilik Subi bukan sekadar bertujuan mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang masakan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak melalui aktiviti memasak bersama.

Pengurus Besar Pacific West Malaysia berkata, inisiatif itu dianjurkan hasil kerjasama Subi, MYDIN dan Malaysian Indian Chefs Association (MICA) bagi menggalakkan budaya memasak dalam keluarga selain memupuk minat terhadap penyediaan makanan sihat dan berkualiti.

“Pertandingan ini bukan semata-mata mencari siapa yang menghasilkan hidangan terbaik atau paling hebat memasak, sebaliknya memberi ruang kepada kanak-kanak menyerlahkan kreativiti, imaginasi dan keyakinan diri di dapur sambil belajar bekerjasama dengan ibu bapa.

“Yang paling penting bagi kami ialah masa berkualiti yang dapat dikongsi antara ibu bapa dan anak-anak sepanjang pertandingan ini. Kami berharap setiap resipi yang dihasilkan bukan sahaja menghasilkan hidangan lazat, malah mencipta kenangan manis yang akan kekal dalam ingatan setiap keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pencarian Chef Cilik Subi dan Majlis Penutup Roadshow Subi di MYDIN USJ, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Perpaduan Negeri Selangor, Burhanuddin, Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr. Hj. Ameer Ali Mydin dan Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd.

Menurutnya, idea penganjuran pertandingan berkenaan tercetus susulan penggunaan gajet dan peranti digital yang semakin menjadi sebahagian daripada rutin harian keluarga.

“Mel luangkan masa bersama di dapur merupakan salah satu cara terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak berinteraksi, bekerjasama dan mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya.

Beliau berkata, MYDIN dipilih sebagai rakan strategik kerana mempunyai profil pembeli keluarga yang besar, sekali gus menjadi platform sesuai untuk mendekati keluarga di seluruh negara.

Dalam pada itu, Roadshow Subi yang bermula 31 Julai lalu di MYDIN USJ mendapat sambutan menggalakkan menerusi aktiviti merasa produk, promosi, demonstrasi masakan oleh Duta Jenama Subi, Chef Alwi serta demonstrasi penyediaan hidangan oleh pasukan Subi.

Katanya, Subi turut memperluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan lima produk baharu, termasuk Seafood Fries, Tom Yum Seafood Nuggets dan Seafood Patty dalam pilihan ikan, udang serta sotong.

“Di Subi, kami percaya makanan mempunyai kuasa untuk menyatukan keluarga. Sebab itu kami komited menghasilkan produk makanan laut yang berkualiti, mudah disediakan dan sesuai dinikmati seisi keluarga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×