Dia minta maaf dan suruh saya cari baju di tempat lain - Noraniza Idris - Utusan Malaysia

Dia minta maaf dan suruh saya cari baju di tempat lain – Noraniza Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, meluahkan rasa kecewa apabila baju yang ditempahnya sejak sebulan lalu diserahkan kepada pelanggan lain pada saat-saat akhir.

Noraniza atau Nor Aniza Haji Idris, 58, berkata, kejadian tersebut berlaku sehari sebelum dia berlepas ke Johor bagi sebuah acara yang dijadualkan berlangsung lusa.

Katanya, harga dan tempoh masa menyiapkan baju berkenaan sudah dipersetujui lebih awal supaya pereka fesyen terbabit mempunyai masa secukupnya dan tidak tergesa-gesa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Situasinya begini. Sudah tempah baju. Harga sudah sepakat awal dan setuju. Dekat sebulan. Hari ini mahu bergerak ke Johor sebab lusa acara sudah bermula.

“Pereka fesyen bagitahu keperluan ikut tempoh masa bila saya perlukan. Dia pun tidak mahu siapkan tergesa-gesa. Tiba-tiba, semalam pereka fesyen kata pekerja dia sudah terbagi baju tempahan saya pada pelanggan lain,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambahnya, pereka fesyen berkenaan kemudian memohon maaf dan menyuruhnya mencari pakaian ganti di kedai lain berikutan kesilapan tersebut.

“Dia minta maaf dan suruh saya cari ganti baju di tempat lain. Dalam situasi begini, apa yang anda terfikir? Tentang pereka fesyen ini dan emosi kita, apa?” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN