Berkahwin tidak menghalang saya untuk jadi pelakon profesional - Jazmy Juma - Utusan Malaysia

Berkahwin tidak menghalang saya untuk jadi pelakon profesional – Jazmy Juma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Status sebagai suami orang sama sekali tidak menghalang buat pelakon tampan, Jazmy Juma, untuk terus profesional dalam meletakkan jiwanya dalam apa-apa watak dalam lakonan.

Mana tidaknya, adegan mesra yang digalasnya bersama aktres jelita, Anna Jobling, dalam drama Yes! Captain Zul Aaryan itu nyata membuktikan bahawa lakonannya langsung tidak goyah.

Isu babak romantis kerap kali menjadi topik panas untuk mana-mana pelakon yang sudah mendirikan rumah tangga tetapi Jazmy atau Jazmy Khan Juma Khan, 28, mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Jazmy, isterinya, Farah Athirah Rozman, sentiasa memahami tuntutan tugasnya sebagai seorang pelakon.

Sedikit pun tiada rasa cemburu dalam hati kecil wanita itu. Malah, isterinya itu faham akan tuntutan tugas karier Jazmy.

“Dia okay dan sentiasa faham dengan apa sahaja yang saya mahu buat sama ada saya berlakon atau buat benda yang saya suka seperti memancing, main rugbi atau futsal.

“Tapi kalau saya balik dalam keadaan sakit, dia akan marah. Contohnya, kalau buat benda yang bukan kerja atau tidak mendatangkan apa-apa kebaikan,” katanya.

Sokongan daripada suri hatinya itu membuatkan Jazmy lebih tenang untuk berkarya tanpa perlu ada rasa terbeban dengan andaian luar.

“Saya rasa perkahwinan tidak menghalang saya untuk menjadi seorang pelakon yang profesional yang diarahkan untuk membuat adegan-adegan romantik.

“Saya perlu fikirkan cara yang terbaik untuk saya lakukan adegan tersebut dan saya sebelum kahwin pun memang dah meletakkan had,” tegasnya.

Bagi Jazmy, setiap lakonannya di dalam skrin perlulah ada had dan sempadannya untuk menjaga sensitiviti penonton dan generasi muda yang memerhati.

“Saya akan berfikir, patutkah saya tunjuk benda-benda macam ini dekat penonton, masyarakat dan remaja-remaja zaman sekarang.

“Saya tidak perlu tunggu syarat daripada isteri ke apa, tetapi ini memang inisiatif saya sendiri untuk bincang dengan pengarah dan penulis skrip,” katanya.

Sebenarnya, itu membuktikan sifat matang pelakon ini yang perlu dicontohi oleh semua pelakon-pelakon yang sudah mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, keharmonian rumah tangga yang dibina oleh kedua-dua pasangan suami isteri ini juga tidak datang secara bergolek tetapi perlukan komunikasi dua hala.

“Kita perlu main peranan dan perlu beritahu dia sebab wanita, dia cakap dia faham, tapi kita perlu fahamkan dan jelaskan lagi kepada mereka.

“Kita perlu raikan dan fahami perasaan mereka sebab kalau orang buat begitu dekat saya, saya rasa saya pun akan gembira,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini