Ajak dan Shuib antara rakan selebriti yang banyak bantu saya - Tauke Jambu - Utusan Malaysia

Ajak dan Shuib antara rakan selebriti yang banyak bantu saya – Tauke Jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon, Tauke Jambu, mendedahkan bahawa Ajak dan Shuib antara rakan selebriti yang banyak menghulurkan bantuan untuk membantu perniagannya.

Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 50, berkata, kedua-dua selebriti ini banyak membantunya termasuk menyumbangkan kelengkapan kedai dan memberi infaq.

Menurutnya, selepas terpalit dengan kes pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin pada tahun 2022 dahulu, dia tidak menafikan bahawa terdapat kecaman yang dikatakannya menjejaskan sedikit perniagaanya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila mahu bercakap mengenai titik terendah, saya boleh katakan bahawa kes dulu adalah titik terendah saya. Cabaran dia, macam mana mahu kekalkan untuk minat saya dan sokong perniagaan saya. Orang sayang boleh bertukar benci.

“Sumbangan yang diberikan oleh kawan-kawan itu memang ada. Contohnya, Ajak yang ada hantar meja dan kerusi untuk kedai saya. Selain Ajak, ada juga Shuib yang turut datang memberikan sokongan dan infak.

“Masa tengah berniaga itu, kita memang tidak sediakan tempat yang mencukupi untuk pelanggan. Kedai kami penuh dan ada orang buat video sehingga tular sebab meja tidak cukup dan ada juga yang kena curi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Tauke menjelaskan bahawa dia sekarang ini melakukan penstrukturan semula untuk perniagaannya itu dan akan beralih ke lokasi yang baharu.

“Bukan isu tidak cukup modal, tetapi tempat yang kita guna itu sebenarnya tidak sesuai untuk aktiviti berniaga. Walaupun ramai kawan-kawan tawarkan lokasi lain seperti di Tanjung Karang dan Jeram, saya pilih untuk cari lokasi lebih baik.

“Sebelum ini pelanggan dari Johor, Pantai Timur, dan Utara pun sanggup datang sampai ke Kuala Selangor untuk menyokong. Bila buka di kawasan tengah seperti Kajang ini, harapnya lebih ramai yang dapat singgah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN