Yusry kembali dengan album solo 'Eternal' selepas lebih dua dekad - Utusan Malaysia

Yusry kembali dengan album solo ‘Eternal’ selepas lebih dua dekad

Yusry
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lebih dua dekad tidak tampil dengan album solo, Datuk Yusry Abdul Halim kembali mempertaruhkan buah tangan terbaharu berjudul ‘Eternal’ yang menampilkan enam lagu dengan tema kehidupan, cinta dan harapan.

Album terbitan Sony Music Entertainment Malaysia itu, merupakan album solo penuh pertama Yusry selepas lebih 20 tahun dalam industri, sekali gus menampilkan sisi beliau sebagai penyanyi dan pencipta lagu menerusi karya yang lebih matang.

Menurut Datuk Yusry Abdul Halim, judul ‘Eternal’ dipilih bagi menggambarkan perkara yang kekal dalam kehidupan seseorang, sama ada kenangan, kasih sayang, kehilangan, harapan mahupun pengalaman yang membentuk diri.

Katanya, Judul ‘Eternal’ dipilih bagi menggambarkan perkara-perkara yang kekal dalam kehidupan seseorang.

Yusry

“Setiap satunya berdiri dengan identiti tersendiri, namun saling melengkapi sebagai sebuah perjalanan yang dekat dengan kehidupan,” katanya dalam kenyataan media.

Selain itu, beliau berkata, mahu menghasilkan sebuah album yang mampu menemani pendengar tidak kira di mana mereka berada dalam perjalanan hidup masing-masing.

“Saya percaya setiap orang mempunyai cerita yang akan kekal bersama mereka sepanjang hidup. Saya harap album ini dapat menjadi teman kepada pendengar, tidak kira di mana mereka berada dalam perjalanan hidup masing-masing,” katanya.

Album ini turut menampilkan kolaborasi bersama penyanyi rap, komposer dan penulis lagu Luca Sickta menerusi dua buah lagu, “Jiwa & Raga” dan “Hancur Kecewa”.

Sebagai lagu fokus album, Jiwa & Raga mengangkat kisah cinta yang dibina atas kesetiaan dan pengorbanan, manakala Hancur Kecewa menyelami perasaan kehilangan serta kekecewaan.

Empat lagi lagu iaitu Pelengkap Hidup, Kasarnya Cinta, Kamu Harus Tahu dan Narsisistik pula merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Yusry.

Dengan enam buah lagu yang membawa cerita dan emosi yang berbeza, ‘Eternal’ menjadi sebuah album yang meraikan pelbagai sisi kehidupan.

Bagi meraikan pelancaran album itu, Yusry telah bertemu peminat menerusi Eternal Gala Night yang berlangsung di JioSpace pada 25 Julai lepas.

Album ‘Eternal’ dilancarkan secara rasmi pada jam 9.00 malam dan boleh distrim di semua platform penstriman digital utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN