Tidak semua yang senyum itu ikhlas - Reen Rahim - Utusan Malaysia

Tidak semua yang senyum itu ikhlas – Reen Rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Reen Rahim berkongsi pandangannya mengenai makna kebahagiaan dan ketenangan hidup yang diperoleh sepanjang melalui pelbagai fasa kehidupan.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata, kebahagiaan sebenar bukanlah berlandaskan perhatian yang diraih, sebaliknya apabila dikelilingi insan yang benar-benar ikhlas dan hidup berlandaskan keredaan Sang Pencipta.

“Antara pelajaran terbesar yang saya pelajari dalam hidup ialah saya tidak perlu disukai oleh semua orang. Saya cuma perlu berada di samping mereka yang menyayangi saya tanpa sebab, dan mereka yang saya sayangi kerana Allah.

“Dahulu saya tidak memahami maksud ungkapan ‘lindungi tenaga anda’. Sekarang saya faham. Kita tidak wajib sentiasa menggiyakan semua orang.

“Kita juga tidak perlu mengorbankan diri untuk semua orang. Kita cuma perlu menjaga apa yang Allah amanahkan kepada kita,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu, dirinya tidak lagi mengejar perhatian demi mengutamakan ketenangan jiwa, mental dan fizikal.

“Apabila kita niat kerana Allah, kita tidak rasa berkorban atau terkorban. Tidak semua yang senyum itu ikhlas. Tidak semua yang dekat itu sayang.

“Sebab itu sekarang aku lebih memilih ketenangan daripada perhatian. Kalau hati penat, mental lelah dan jiwa kosong, bagaimana kita mahu terus menjaga orang yang kita cinta?” kongsinya.

Reen turut menganggap kebahagiaan boleh dikecapi apabila seseorang itu melatih dirinya untuk menghargai insan yang penting dalam hidupnya terlebih dahulu.

“Bahagia bukan apabila semua orang menyukai kita. Bahagia adalah apabila kita tenang menjadi diri sendiri, menjaga mereka yang benar-benar penting dalam hidup, serta menjalani kehidupan kerana Allah, bukan kerana manusia.

“Ya Allah, peliharalah hati, mental dan jiwa kami. Jauhkanlah kami daripada mereka yang berpura-pura, dan dekatkanlah kami dengan insan-insan yang ikhlas,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN