Saya masih berlakon drama, bukan fokus filem sahaja - Mustaqim Bahadon - Utusan Malaysia

Saya masih berlakon drama, bukan fokus filem sahaja – Mustaqim Bahadon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Mustaqim Bahadon memaklumkan dirinya masih lagi terbuka untuk membintangi drama televisyen meskipun kini aktif dengan penglibatan naskhah di layar perak.

Turut menyeru pihak penerbit dan stesen TV, Mustaqim sebuah hantaran Threads juga memberitahu dirinya tetap menerima sebarang bentuk tawaran biarpun melibatkan pengiklanan.

“Hai, saya Mustaqim Bahadon, seorang pelakon. Saya cuma ingin memaklumkan kepada para penerbit, stesen TV dan pengurus produksi bahawa saya masih berlakon untuk drama TV.

“Saya bukan hanya fokus kepada filem sahaja. Ada yang bertanya melalui mesej peribadi sama ada saya masih menerima tawaran drama atau telefilem.

“Ya, saya masih menerimanya. Malah, kalau panggil untuk penggambaran iklan pun saya terima,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sudah dua tahun tidak menerima sebarang tawaran berlakon untuk naskhah berbentuk drama dan telefilem.

“Sudah hampir dua tahun juga pihak pengurusan produksi dan stesen TV tidak menghubungi saya untuk drama atau telefilem. Jika tidak dapat menghubungi saya secara terus, boleh hubungi pihak pengurusan saya. Terima kasih,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN