Saya kurus sebab saya sendiri yang mahu kurus - Tiz Zaqyah - Utusan Malaysia

Saya kurus sebab saya sendiri yang mahu kurus – Tiz Zaqyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Tiz Zaqyah meluahkan rasa ralat dengan sikap segelintir golongan berusia yang gemar menegur perubahan fizikalnya yang kini semakin kurus.

Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 38, terkilan apabila maklum balas positifnya selepas dipuji semakin kurus sering disambut dengan reaksi terkejut tanpa sebarang kata-kata pujian semula.

“Saya sering menerima komen menyatakan saya sudah kurus, yang mana saya menganggap ia sekadar untuk memulakan perbualan.
Namun, apabila saya membalas dengan ucapan Alhamdulillah atau terima kasih kerana saya memang berusaha untuk mendapatkannya, mereka pula terkejut.

“Saya pula tertunggu-tunggu untuk mereka membalas semula dengan ucapan bagus atau tahniah, namun mereka tidak pernah berbuat demikian. Sangat pelik,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah pelakon drama Nur Kasih ini, tindakan segelintir individu yang memberikan reaksi negatif selepas dia mengucapkan terima kasih atas perubahan badannya itu dianggap tidak wajar.

“Adakah ini yang dinamakan sebagai teguran ain? Perkara ini sebenarnya sangat menyakitkan hati.

“Apa yang pasti, situasi sebegini selalunya datang daripada golongan yang sudah berusia seperti pakcik dan makcik sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Tiz Zaqyah merupakan pelakon yang mula membina nama sejak tahun 2009 dan pernah memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-23.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN