Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming edisi 60 Permata Biru ‘gegar’ Spice ARENA Pulau Pinang pada 22 Ogos - Utusan Malaysia

Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming edisi 60 Permata Biru ‘gegar’ Spice ARENA Pulau Pinang pada 22 Ogos

Rockqueen Ella
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ratu rock negara kembali lagi dengan konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella : Homecoming edisi 60 Permata Biru yang bakal berlangsung di Setia SPICE Arena, Pulau Pinang pada 22 Ogos depan, berbanding tarikh dan lokasi yang diumumkan sebelum ini.

Lebih istimewa, Setia SPICE Arena turut mempunyai nilai sentimental yang tersendiri dalam perjalanan seni Ella apabila lokasi tersebut pernah menjadi saksi kejayaan konsert “Jilid Akhir: Ella Puteri Kota” yang mencatat kehadiran lebih 14,000 peminat.

Ketua Projek Khas Hitman Solutions, Keeran D berkata, walaupun pada awalnya mereka berhasrat mengekalkan tarikh asal, kekangan ketersediaan venue menyebabkan tarikh terpaksa dipinda.

“Selepas melalui pelbagai pertimbangan bersama semua pihak berkaitan, kami yakin perubahan ini akan memberikan pengalaman yang lebih baik secara keseluruhan kepada para penonton.

Setia SPICE Arena menawarkan persekitaran yang lebih sesuai untuk merealisasikan sebuah persembahan yang benar-benar setaraf dengan status Ella sebagai satu-satunya ikon ratu rock negara.

“Walaupun kami pada asalnya berharap untuk mengekalkan tarikh 25 Julai, cuma ketersediaan venue menjadikan 22 Ogos sebagai pilihan terbaik yang dapat memenuhi keperluan produksi serta pengalaman penonton.’’ katanya.

Sementara itu, Ella berkata, dia menyambut baik keputusan berkenaan demi memastikan peminat menerima pengalaman terbaik sepanjang konsert berlangsung.

“Seperti biasa, keutamaan saya adalah untuk memberikan yang terbaik kepada semua dan memastikan setiap persembahan menjadi pengalaman yang istimewa.

‘‘Homecoming’ inshallah akan tetap berlangsung, saya sangat teruja untuk kembali bertemu mereka di Utara yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya,’’ jelasnya.

Dalam perkembangan sama, pihak penganjur turut mengesahkan bahawa harga tiket akan kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.

Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket yang telah dibeli akan dipindahkan secara automatik kepada tempat duduk yang mempunyai nilai setara di Setia SPICE Arena tanpa sebarang kos tambahan.

Meneruskan semangat kempen Peace, Love & Rindu, sebanyak RM2 daripada setiap tiket yang terjual akan disalurkan kepada organisasi kebajikan terpilih berdasarkan pilihan pembeli tiket. Sumbangan bagi kategori Peace akan disalurkan kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang, kategori Love kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN), manakala kategori Rindu kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair.

Menambahkan lagi keterujaan peminat, konsert ini bakal menampilkan dua nama unggul industri muzik tanah air iaitu Datuk Ramli Sarip dan Ziana Zain sebagai (Ahli Majlis Tertinggi) artis jemputan istimewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN