Isteri kekal cantik sebab suami main peranan - Ika Nabella - Utusan Malaysia

Isteri kekal cantik sebab suami main peranan – Ika Nabella

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Ika Nabella menegaskan bahawa kebahagiaan dan keserian rupa paras seorang isteri sebenarnya mencerminkan komitmen serta layanan baik daripada seorang suami.

Ika atau Ika Nabila Abdul Rahim, 37, meluahkan rasa kagum terhadap golongan ibu yang mampu mengekalkan penampilan menarik walaupun sibuk menguruskan keluarga yang ramai.

Menurutnya, pengorbanan wanita untuk kekal kelihatan anggun dan berkeyakinan tinggi tidak akan berjaya tanpa pengorbanan daripada pasangan masing-masing.

“Sejujurnya saya sangat bangga apabila melihat para ibu yang mempunyai anak ramai tetapi tetap mampu menjaga badan, bergaya dan sentiasa cantik kalah anak dara. Saya fikir kalau suami tidak memainkan peranan, amat sukar untuk isteri mencari masa dan tenaga bagi menguruskan diri sendiri,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah Ika, pengorbanan suami yang rajin membantu urusan rumah tangga amat besar nilainya dalam sesebuah keluarga.

“Di sebalik setiap ibu yang kelihatan berseri itu selalunya ada sistem sokongan yang kuat di belakang dia kan? Seorang yang banyak berjasa,” katanya.

Untuk rekod, Ika mendirikan rumah tangga dengan tambatan hatinya, Muhammad Zaid Aznam pada Julai 2016. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Noah Zayn yang kini berusia tujuh tahun.

Sepanjang pengelibatannya dalam dunia lakonan, anak jati Pulau Pinang ini terkenal menerusi watak-watak berkesan dalam beberapa drama popular antaranya Patahnya Sebelah Sayap, Bahagia Bukan Bidaan, dan Seadanya Aku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN