Isteri jalani proses IVF lagi, Achey mohon doa - Utusan Malaysia

Isteri jalani proses IVF lagi, Achey mohon doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak, Achey memaklumkan isterinya, Nor Hasanah Yahya kini sedang menjalani proses persenyawaan in vitro (IVF) sebagai ikhtiar untuk memiliki zuriat selepas 15 tahun berkahwin.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Achey dan isteri turut memohon doa orang ramai agar urusan mereka untuk menimang cahaya mata dipermudahkan.

“Bismillah, semoga semuanya dipermudahkan. Doakan kami yang baik-baik ya,” katanya.

Meskipun gementar untuk melalui proses itu, Hasanah atau lebih mesra disapa Anne juga berkongsi tentang keterujaan anaknya, Nur Tiara Zinnirah untuk mempunyai adik.

“Dalam dada ini macam-macam rasa. Tiara gembira bila tahu mama sudah mula menjalani proses IVF. Dia sudah merancang apa mahu buat dengan adik dia,” kongsinya.

Turut berkongsi mengenai perjalanan ‘dua garis’ itu dalam sebuah video di Instagram, ruangan komen perkongsian tersebut dihujani doa agar usaha mereka berjalan dengan lancar.

“Semoga usaha pasangan ini untuk memilik cahaya mata dipermudahkan dan apa yang dihajati dimakbulkan,” komen peminatnya.

“Moga dipermudahkan segala urusan buat Anne dan Achey. Moga dimakbulkan oleh Allah segala hajat kita,” komen seorang warganet.

Pada Disember 2022, Achey memaklumkan isterinya menjalani proses yang sama untuk memiliki zuriat, namun tidak berjaya.

Untuk info, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mengambil seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN