Fenomena Kelantan bakal gegarkan Zepp Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Fenomena Kelantan bakal gegarkan Zepp Kuala Lumpur

Fenomena Kelantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Fenomena hiburan Pantai Timur bakal menggegarkan ibu negara menerusi konsert mega Kelate Ke KL 2026 yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.

Konsert yang mengangkat tema ‘Suaro Kito, Jiwo Kito – 100% Ori Kelate’ itu menghimpunkan barisan artis popular kelahiran Kelantan dalam satu persembahan istimewa yang meraikan identiti seni dan budaya negeri berkenaan.

Antara artis yang bakal menghiburkan peminat pada malam tersebut ialah Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali dan Aris Capella.

Pengarah Projek Kelate Ke KL 2026, Mas Ayie Mas Omar berkata, penganjuran konsert itu bukan sekadar acara hiburan semata-mata, sebaliknya menjadi platform memperkenalkan keunikan budaya Kelantan kepada khalayak lebih luas.

“Kelate Ke KL 2026 bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah platform untuk meraikan identiti, seni dan budaya Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, acara berkenaan turut menjadi medan menghimpunkan anak-anak Kelantan serta peminat muzik Pantai Timur dari seluruh negara dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.

“Konsert ini menghimpunkan anak-anak Kelantan dan peminat muzik Pantai Timur dari seluruh negara dalam satu acara berprestij,” ujarnya.

Beliau berkata, lebih banyak pengumuman menarik termasuk penampilan khas, pengisian budaya dan kejutan eksklusif akan diumumkan dalam fasa seterusnya menjelang penganjuran konsert tersebut.

“Lebih banyak pengumuman menarik termasuk penampilan khas, pengisian budaya dan kejutan eksklusif akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, maklumat mengenai penjualan tiket akan diumumkan kelak dengan tiket rasmi dijual secara eksklusif menerusi Illaso.com.my, manakala orang ramai disaran mengikuti saluran media sosial rasmi Kelate Ke KL 2026 bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan acara berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN