Elak salah faham, Amyza Adnan wajar kongsi perkembangan rawatan Adrian - Didie Alias - Utusan Malaysia

Elak salah faham, Amyza Adnan wajar kongsi perkembangan rawatan Adrian – Didie Alias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Didie Alias, berharap sahabatnya, Amyza Adnan, tidak keberatan untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai rawatan anak keduanya, Adrian Adam, yang disahkan menghidap kanser tulang.

Didie berpandangan, perkongsian tersebut penting bagi menjawab pelbagai spekulasi yang timbul dalam kalangan masyarakat, khususnya mereka yang telah menghulurkan sumbangan menerusi kutipan dana yang diusahakan pengacara, Aznil Haji Nawawi, baru-baru ini.

“Walaupun seseorang itu menyumbang hanya RM1, mereka tetap mahu mengetahui perkembangannya. Bukanlah kita kata dia berbelanja untuk kepentingan diri, tidak. Cuma orang ramai mahu tahu perkembangan semasa.

“Saya ada berpesan kepadanya supaya fokus utama ketika ini adalah kesihatan anak. Cerita mengenai pembikinan album atau aktiviti nyanyian itu perkara kedua.

“Yang penting, setiap kali menjalani rawatan, kongsikan sedikit di media sosial supaya orang ramai tahu wang sumbangan itu benar-benar digunakan untuk tujuan perubatan,” katanya.

Didie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem The Mamu, semalam.

Didie berkata, teguran tersebut dibuat atas dasar kasih sayang agar Amyza tidak terus menjadi mangsa kecaman atau fitnah yang boleh mengguris perasaannya.

“Jika kita diam, orang akan mula bercakap. Sebab itulah dia menangis baru-baru ini apabila ada pihak yang mempertikaikan ke mana perginya wang sumbangan tersebut.

“Sebenarnya, orang ramai hanya mahu mengetahui perkembangan anaknya sahaja,” katanya,” katanya.

Terdahulu, Datuk Aznil Haji Nawawi berjaya mengumpul dana sebanyak RM196,208.21 melalui Tabung Kilat bagi membantu anak pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam, yang menghidap kanser tulang.

Pak Nil kemudian menambah sumbangan peribadinya bagi menggenapkan jumlah tersebut kepada RM200,000. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN