Zul Ariffin ada aura menggerunkan - Aedy Ashraf - Utusan Malaysia

Zul Ariffin ada aura menggerunkan – Aedy Ashraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit, Aedy Ashraf mengagumi aura yang dimiliki aktor versatil, Zul Ariffin yang disifatkan tidak perlu berlebihan untuk menarik perhatian ramai.

Kata Aedy, Zul turut memiliki keperibadian yang menggerunkan apatah lagi ketika bekerjasama dengan pelakon itu menerusi filem terbitannya, Tarung: Unforgiven.

“Dia ada aura yang menggerunkan. Dia memang ada aura yang tersendiri sebab saya bekerja dengan dia, dan dia pun berlakon dalam Tarung juga. Jadi dia ada ‘Entrance’ (tarikan) dia. Zul Ariffin adalah seorang yang akan ada ‘entrance’.

“Contohnya, macam kita tengah borak, bila dia masuk, dia tidak perlu berbuat apa-apa tapi semua akan pandang. Itulah namanya, ‘entrance’. Dia ada benda itu.

“Kalau kita borak, tapi orang lain lalu kita macam  biasa saja. Dia lain, awak akan pandang dia. Itulah aura,” katanya menerusi sesi temu bual bersama audio siar Sembang Seram.

Dalam masa sama, Aedy juga memuji sikap profesional yang dipamerkan oleh Zul ketika menjalani sesi membaca skrip filem Tarung itu.

“Kita tengah sesi membaca skrip, dia memang bagitahu dia akan datang lambat sikit. Jadi bila kita tengah baca skrip, babak dia ketika itu di muka surat ketiga.

“Tetapi bila sampai halaman ketiga bahagian dialognya, ingat dia tidak datang tetapi dia datang dan terus bagi salam. Memang tabik!,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN