Rindu, kalau ada rezeki mahu buat haji dengan suami, Bilal dan Abbas - Neelofa - Utusan Malaysia

Rindu, kalau ada rezeki mahu buat haji dengan suami, Bilal dan Abbas – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti, Noor Neelofa meluahkan rasa rindu untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah demi menunaikan ibadah haji.

Menurut Neelofa, dia berharap agar dikurniakan rezeki untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bersama suami dan anak-anak tersayang.

“Rindu haji. Mahu buat banyak kali kalau Allah rezeki dan jemput. Mahu buat haji dengan suami, Bilal dan Abbas nanti.

“Nak buat haji dengan mama dan daddy dan ibu dan ayah mentua,” katanya.

Neelofa berkongsi luahan itu menerusi Instagram Story (IGS) serta memuat naik momen ketika dia dan keluarga menunaikan ibadah haji sekitar tahun 2019.

Dalam masa sama, bekas pengacara MeleTop itu turut mengimbau momen paling menyentuh hati ketika waktu wukuf di Arafah apabila dia dan para jemaah direzekikan merasai waktu hujan di sana.

“Antara hari yang paling istimewa dalam hidup saya. Arafah hujan selepas 9 tahun tak hujan pada waktu wukuf,” jelasnya.

Neelofa bagaimanapun berharap segala impian dan doanya termasuklah untuk kembali menjadi tetamu Allah SWT dimakbulkan.

“Sentiasa terselit dalam doa-doaku. Moga Allah SWT kabulkan dengan kesempurnaan-Nya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN