Penat layan drama dalam industri - Sheila Rusly - Utusan Malaysia

Penat layan drama dalam industri – Sheila Rusly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly bersetuju dengan luahan aktres jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim berkaitan sikap tidak profesional segelintir penerbit menguruskan tawaran kerja bersama pelakon tempatan.

Menurut Sheila, perkara itu juga merupakan salah satu punca dirinya kini kurang aktif mengeluarkan sebarang naskhah dan muncul di kaca televisyen.

“Ramai tanya kenapa saya berhenti menerbit? Jarang nampak keluar TV. Jawapannya seperti di atas (merujuk kepada luahan Sarimah). Saya sudah malas. Penat layan ‘drama’ alam industri,” katanya di Threads.

Menerusi perkongsian tersebut, penerbit itu turut memetik nama beberapa artis lain seperti Rita Rudaini, Zila Bakarin, Sharifah Shahora dan Emelda Rosemila seakan mempunyai pendapat yang sama.

Bagaimanapun, rata-rata pengikutnya di ruangan komen berharap agar Sheila tidak terus berhenti berkarya dan menghasilkan naskhah-naskhah yang berkualiti.

Terdahulu, Sarimah meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah penerbit dan pengarah yang menabur janji kosong dalam memberi tawaran lakonan meskipun sedar bajet untuk sesebuah produksi tidak mencukupi.

Menerusi hantaran tersebut Sarimah turut menyifatkan situasi sedemikian menjadi punca ramai pelakon tempatan terlepas tawaran yang lain, bahkan menyebabkan mereka hilang motivasi untuk menjadi penyeri dunia lakonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN