Kes hadanah selesai, Fatin Afeefa syukur hak penjagaan anak berpihak padanya. - Utusan Malaysia

Kes hadanah selesai, Fatin Afeefa syukur hak penjagaan anak berpihak padanya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila kemelut kes hadanah membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, akhirnya selesai selepas melalui proses mahkamah selama tiga tahun.

Menerusi hantaran di Instagram, Fatin atau nama sebenarnya Nur Fatin Afeefa Shamsudin, 32, memaklumkan hak penjagaan penuh terhadap Ivy kekal diberikan kepadanya selaku ibu kandung.

“Alhamdulillah. Selepas tiga tahun, akhirnya kes hadanah ini selesai. Hak penjagaan penuh kekal diberikan kepada saya sebagai ibu kandung.

“Pada ketika ini, saya cuma mahu semua pihak meneruskan kehidupan dengan tenang dan memberi fokus kepada perkara yang benar-benar penting iaitu kesejahteraan Ivy,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon tersebut berharap tiada lagi pihak yang memanjangkan isu berkenaan dan meminta semua pihak memainkan peranan masing-masing demi kebahagiaan anak kecil itu.

“Tiada lagi alasan dan tidak perlu lagi memanjangkan perkara yang tidak sepatutnya. Suara Ivy juga penting dan dia berhak untuk didengari.

“Marilah kita sama-sama jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya demi dirinya,” ujarnya.

Untuk rekod, Ivy merupakan anak hasil perkahwinan Fatin bersama bekas suaminya, Adam Shahz. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017.

Fatin kemudiannya kembali bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga bersama usahawan Aliff Awang pada 30 Disember 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Jibril.

Selain Ivy dan Jibril, Fatin turut mempunyai seorang anak sulung lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN