KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Mierul Aiman menyifatkan penjagaan penampilan diri sebagai elemen penting dalam membina keyakinan, khususnya buat golongan lelaki masa kini.
Menurut Mierul, amalan menjaga kebersihan dan penampilan telah diterapkan sejak zaman persekolahan lagi ketika menetap di asrama.
“Bagi saya, sebagai lelaki, menjaga imej dan penampilan mencerminkan keyakinan diri. Saya mula belajar tentang menjaga diri sejak di asrama, walaupun bukan yang paling kacak, saya pastikan sentiasa bersih, segar dan berbau harum.
“Malah, di situlah saya pertama kali menggunakan AXE. Cara kita membawa diri, termasuk wangian yang dipilih, memainkan peranan besar dalam meninggalkan ‘first impression’,” katanya.
Mierul berkata demikian sempena pelancaran Koleksi AXE Fine Fragrance oleh Unilever Malaysia yang tampil dengan pendekatan baharu menerusi kempen #BerAXEsiDenganPenuhKeyakinan.
Kempen tersebut mengetengahkan mesej keyakinan diri dan kebebasan berekspresi dalam kalangan generasi muda, selain mengangkat wangian sebagai sebahagian daripada identiti peribadi.
Menerusi pelancaran itu, Mierul turut dilantik sebagai duta jenama AXE Malaysia, sekali gus mewakili imej lelaki moden yang yakin dan bersahaja.
Turut memeriahkan kempen ialah artis rap tempatan, MK K-Clique yang menghasilkan serta mempersembahkan lagu tema rasmi AXE menerusi sebuah video muzik sinematik khas.
Koleksi AXE Fine Fragrance pula dibangunkan oleh pakar pewangi antarabangsa dengan teknologi X2 Penyingkiran Bau AXE yang menawarkan kesegaran sehingga 72 jam berdasarkan ujian makmal.
Tiga varian diperkenalkan menerusi koleksi tersebut iaitu Blue Lavender, Aqua Bergamot dan Black Vanilla yang masing-masing tampil dengan karakter aroma tersendiri bagi memenuhi gaya hidup lelaki muda masa kini.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran & Perancangan Strategi Pelanggan Unilever Malaysia, Farhana Mohd Nasir berkata, koleksi tersebut dihasilkan bagi memenuhi kehendak generasi baharu yang lebih berani mengekspresikan diri.
“Di AXE, kami mencipta wangian yang sesuai dengan cara generasi ini menonjolkan diri – yakin, ekspresif dan berani menjadi diri sendiri.
“Koleksi Fine Fragrance membawakan pengalaman premium tersebut ke dalam kehidupan seharian tanpa tanda harga yang mahal,” katanya.
Koleksi AXE Fine Fragrance kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya dan peruncit kesihatan serta kecantikan di seluruh negara.










