5 Selebriti Korea bebas pembedahan plastik - Utusan Malaysia

5 Selebriti Korea bebas pembedahan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Industri hiburan Korea Selatan sememangnya terkenal dengan pengaruh besar dalam dunia fesyen dan kecantikan global. Penampilan menarik serta imej sempurna yang dimiliki para selebritinya sering menjadi perhatian peminat di seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, ada segelintirnya sanggup mengorbankan kecantikan wajah asli mereka untuk membuat pembedahan plastik agar imej mereka kelihatan lebih sempurna.

Namun, beberapa selebriti wanita turut mendapat pujian kerana dikatakan memiliki kecantikan semula jadi yang kekal menyerlah sejak awal kemunculan mereka dalam industri hiburan.

Keanggunan, imej elegan serta aura yang dimiliki bukan sahaja menjadikan mereka ikon kecantikan, malah terus kekal relevan sebagai wajah pilihan pelbagai jenama antarabangsa sehingga hari ini. Berikut merupakan lima selebriti Korea Selatan yang bebas daripada pembedahan plastik.

Kim Tae Hee

Nama Kim Tae Hee cukup sinonim dengan gelaran antara wanita tercantik di Korea Selatan. Pelakon itu bukan sahaja terkenal kerana visual elegan dimilikinya, malah turut dikenali sebagai selebriti wanita paling bijak dalam industri hiburan Korea. Isteri kepada aktor terkenal, Rain itu mula mencipta populariti menerusi drama hit seperti Stairway to Heaven, Love Story in Harvard dan Hi Bye, Mama!. Dia juga mendapat perhatian kerana latar belakang akademiknya. Tae Hee graduan Universiti Nasional Seoul, universiti paling berprestij di Korea Selatan.

Han So Hee

Kecantikan Han So Hee sering dipuji kerana memiliki wajah fotogenik yang membuatkan dirinya menjadi duta kebanyakan jenama fesyen dan produk kecantikan antarabangsa.
So Hee mula meraih perhatian ramai selepas membintangi drama The World of the Married yang menjadi fenomena besar di Korea Selatan dan Asia. Kemudian, popularitinya terus melonjak naik menerusi drama Never­theless gan­dingan bersama Song Kang.

IU

Pelakon drama Hotel De Luna, IU sering dipuji memiliki wajah comel dan imej polos yang membuatkan dirinya kekal relevan dalam industri hiburan selama lebih sedekad.
Ramai peminat menganggap penyanyi itu mempunyai kecantikan semula jadi kerana foto awal pembabitannya dalam industri menunjukkan perubahan yang tidak ketara.
Aktif melakukan kerja kebajikan dan sering menderma secara senyap kepada golongan memerlukan, personaliti lembut dan menawan menjadikan IU antara selebriti wanita Korea Selatan paling disayangi peminat di seluruh dunia.

Song Hye Kyo

Mula mencipta nama menerusi drama Autumn In My Heart, imej elegan dan aura feminin Song Hye-kyo sentiasa menjadi perhatian peminat.
Biarpun sudah menghiasi industri hiburan lebih dua dekad, penampilan menawan aktres itu menjadikannya seorang ikon kecantikan Korea. Hye Kyo juga menjadi wajah pilihan pelbagai jenama mewah antarabangsa.

Suzy

Suzy atau Bae Su Ji sering digelar Nation’s First Love kerana memiliki wajah manis, imej bersih dan aura yang membuatkan dirinya mudah disenangi peminat pelbagai peringkat usia.
Anggota kumpulan Miss A itu juga terkenal sebagai ikon kecantikan dan fesyen. Malah, banyak jenama antarabangsa memilihnya sebagai duta kerana visual elegan serta pengaruh besar dimilikinya di Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN