PETALING JAYA: Pelakon, Aprena Manrose meluahkan rasa sayu selepas menyedari hanya dirinya sahaja yang belum memiliki zuriat meskipun gembira dengan perkhabaran sepupunya, Datin Nelydia Senrose kini hamil.
Menurut Aprena, sebelum ini dia dan Nelydia saling menjadi pemangkin semangat antara satu sama lain ketika berjuang untuk mendapatkan ‘garis dua’ itu
“Nak meluah sekejap. Dahulu saya dan Nely (Nelydia) sama-sama usaha untuk dapatkan zuriat (TTC), kita kuatkan sama-sama kita.
“Sekarang tinggallah saya seorang saja yang belum ada rezeki anak,” katanya dalam Threads.
Sedar keluarga terdekat lengkap memiliki zuriat masing-masing, pelakon Tiada Arah Jodoh Kita itu turut mempersoalkan andai ada gilirannya untuk melalui fasa indah itu.
“Semua sepupu dah beranak-pinak. Saya bila lagi ya Allah?,” soalnya.
Selasa lalu, Nelydia berkongsi berita kehamilannya selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid.
Sebelum ini, Aprena mengesahkan bahawa diasudah bercerai perceraiannya dengan bekas suami, Mohd. Afiq Hazman pada Jun tahun lalu.
Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016 namun tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkongsian hidup mereka.










