Orang nampak proses ‘freeze’ telur itu seakan senang- DSV - Utusan Malaysia

Orang nampak proses ‘freeze’ telur itu seakan senang- DSV

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, mendedahkan pengalaman getir yang dilaluinya ketika menjalani proses pembekuan telur yang disifatkan bukan sahaja memenatkan, malah menyakitkan dari segi fizikal dan emosi.

Menurut Vida, tanggapan segelintir pihak yang menganggap prosedur tersebut mudah adalah tidak tepat, sebaliknya ia memerlukan disiplin tinggi serta pengorbanan besar.

“Orang nampak proses ‘freeze’ (bekukan telur) itu seakan senang, tetapi di sebaliknya banyak perkara perlu dilakukan.

“Kena makan pelbagai ubat, patuh nasihat doktor dan menjalani pemeriksaan setiap minggu,” katanya.

Tambah Vida, proses berkenaan turut melibatkan kesakitan fizikal yang sukar digambarkan, apatah lagi mengambil kira faktor usia.

“Kena cucuk darah, ambil ubat,  sebab umur kita bukan muda lagi. Jadi proses itu memang sakit.

“Orang nampak mudah, tetapi untuk melalui semua itu dan berdepan kekecewaan, bukan semua orang mampu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Vida memaklumkan kini memilih untuk meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang.

“Mestilah saya sudah ‘move on’, sudah lama.

“Tetapi untuk kemaafan, setakat ini memang belum ada,” katanya.

Terdahulu, Vida pernah berkongsi mengenai tindakannya membekukan telur sebagai persediaan sebelum merancang mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli, dalam satu sesi siaran langsung yang berlangsung di kediaman Datuk Aliff Syukri Sabtu lalu.

Prosedur tersebut dirancang ketika hubungan mereka masih baik, sebagai langkah awal membina keluarga sendiri.

Untuk rekod, hubungan Vida dan Iqbal sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai apabila kedua-duanya merancang untuk berkahwin, namun hasrat itu tidak kesampaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN