Sungguh menghairankan apabila lagu-lagu tradisional hari ini ibarat tidak dipedulikan. Lagu-lagu kebaratan, kpop yang menjadi sanjungan. Hendak disalahkan orang muda, bukan mereka yang menjadi pemula, sebaliknya menjadi penerus trend semasa. Ditanyakan kepada Haziq Rosebi, kenapa lagu-lagu ini yang menjadi ‘raja’. Jadi, jawablah Haziq.
Pernah Haziq berdepan pandangan skeptikal terhadap irama tradisional?
Ada sahaja, ramai. Pihak media pun ada yang bertanyakan perkara sama, boleh pergi kah dengan genre begini. Bagi saya, mereka yang mempersoalkan ini tak faham pasaran sebenarnya. Kalau kita ada bakat dan platform, perkara itu tidak mustahil. Genre tradisional ini, walaupun pasarannya kecil, tetapi persaingannya kurang sebab tidak ramai yang menyanyi lagu tradisional. Kalau tidak saya, mungkin Dayang Nurfaizah, Bob Eusoff, Yusni Hamid dan lain-lain lagi.
Contoh kutukan dan kejian yang Haziq terima?
Tak ada standard nyanyi lagu melayu, lagu ‘meleleh’. Kebanyakan yang berpandangan begini adalah dalam kalangan generasi muda. Mereka ini dibesarkan dengan TikTok, Instagram dan Facebook, jadi saya tak salahkan mereka. Mungkin promosi kita terhadap lagu-lagu Melayu ini, sendu. Tapi permintaan untuk penyanyi lagu-lagu bergenre ini, tinggi bukan?
Alhamdulillah, sudah mula ada permintaan. Orang sudah nampak yang genre muzik ini agak eksklusif. Jadi, saya letakkan harga yang kena pada populariti dan bakat saya. Kalau tidak, orang akan terus pandang rendah kepada penyanyi-penyanyi tradisional.
Pernah Haziq berdepan pandangan skeptikal terhadap irama tradisional?
Ada sahaja, ramai. Pihak media pun ada yang bertanyakan perkara sama, boleh pergi kah dengan genre begini. Bagi saya, mereka yang mempersoalkan ini tak faham pasaran sebenarnya. Kalau kita ada bakat dan platform, perkara itu tidak mustahil. Genre tradisional ini, walaupun pasarannya kecil, tetapi persaingannya kurang sebab tidak ramai yang menyanyi lagu tradisional. Kalau tidak saya, mungkin Dayang Nurfaizah, Bob Eusoff, Yusni Hamid dan lain-lain lagi.
Contoh kutukan dan kejian yang Haziq terima?
Tiada standard nyanyi lagu Melayu, lagu ‘meleleh’. Kebanyakan yang berpandangan begini adalah dalam kalangan generasi muda.Mereka ini dibesarkan dengan TikTok, Instagram dan Facebook, jadi saya tidak salahkan mereka. Mungkin promosi kita terhadap lagu-lagu Melayu ini, sendu. Tapi permintaan untuk penyanyi lagu-lagu bergenre ini, tinggi bukan Alhamdulillah, sudah mula ada permintaan. Orang sudah nampak yang genre muzik ini agak eksklusif. Jadi saya letakkan harga yang kena pada populariti dan bakat saya. Kalau tidak, orang akan terus pandang rendah kepada penyanyi-penyanyi tradisional.
Bagaimana Haziq meletakkan diri anda dalam industri hiburan?
Saya tidak meletakkan diri sebagai penyanyi tradisional, sebaliknya penyanyi lagu-lagu retro. Lagu 80 an, Ahmad Jais. Contoh, dalam satu show itu saya akan campurkan, lagu Inang, Joget, Ahmad Jais.
Kesal tak apabila lagu tradisional dianaktirikan?
Saya sangat kecewa. Saya tidak salahkan orang muda sebab mereka dibesarkan dengan genre lagu yang kebaratan dan korea. Jadi, saya mengambil tanggungjawab untuk mengangkat lagu tradisional dengan platform TikTok, Youtube. Saya promosikan lagu tradisional kepada orang muda agar mereka suka kepada lagu-lagu ini.










