Kanser? Saya tidak tahu tentang mesej itu - Azar Azmi - Utusan Malaysia

Kanser? Saya tidak tahu tentang mesej itu – Azar Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kembali dengan semangat baru, pelakon, Azar Azmi terkejut apabila dirinya dikatakan mengaku kononnya mempunyai kanser selepas mendengar penjelasan aktres, Janna Nick.

Menurut Azar, dia sendiri tidak tahu mengenai butiran mesej perbualan tersebut seperti yang dijelaskan oleh sahabat baiknya itu, selain mendakwa perkara tersebut dibuat oleh suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41.

“Saya tidak tahu mesej itu. Kanser? Saya cakap ada kanser dalam mesej tersebut?” katanya menerusi sesi siaran langsung bersama usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, malam tadi.

Menerusi sesi siaran langsung tersebut, Azar gagal menahan kesedihannya selepas sekian lama tidak dapat berhubung dengan pelakon itu.

Dalam masa sama, Azar menjelaskan bahawa niatnya membuat sesi siaran langsung bersama usahawan tersebut kerana mahu mencari sumber pendapatan demi meneruskan kehidupan bersama anak-anak

Malah, pelakon drama Cinta Fatamorgana itu rasa terharu dengan keprihatinan Aliff untuk berkongsi rezeki dengannya setelah sekian lama tiada punca pendapatan.

“Biar saya betulkan, sesi siaran langsung ini dibuat bukan kerana niat yang bukan-bukan. Perkara ini tidak dirancang. Apa yang Datuk Aliff buat ini adalah rezeki untuk saya sebab saya tiada pendapatan.

“Saya tahu dia akan buat siaran langsung setiap hari sebab itu punca rezeki dia. Tetapi saya tidak sangka dia kongsi rezeki dengan saya untuk saya teruskan kehidupan.

“Dia pelawa saya untuk buat sesi siarang langsung ini pun pada saat akhir,” jelasnya kepada Janna yang bimbang sekiranya dia berdepan dengan tohmahan netizen.

Nama Azar kembali hangat menjadi bualan selepas seorang individu mendakwa dia bersama suaminya terlibat dalam kegiatan penipuan melibatkan wang ringgit sebelum direman pada Mac lalu.

Begitupun, pelakon usia 37 tahun itu dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes.

Dalam prosiding pada Mac lalu, suaminya mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN