Iqbal mahu ubah imej Datuk Seri Vida, pilih gaya lebih minimalis - Utusan Malaysia

Iqbal mahu ubah imej Datuk Seri Vida, pilih gaya lebih minimalis

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan dan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli, tampil berkongsi pandangannya mengenai penampilan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, khususnya dari aspek gaya dan fesyen.

Menerusi satu hantaran di Threads, Iqbal berkata, sekiranya hubungan mereka kembali jernih, perkara pertama yang mahu dilakukannya adalah mengubah imej Vida kepada penampilan yang lebih minimalis dan elegan.

Menurutnya, penampilan Vida akan kelihatan lebih mewah sekiranya mengurangkan elemen keterlaluan dalam solekan dan pemakaian.

“Kalau saya dengan Datuk Seri Vida berbaik semula, perkara pertama saya mahu buat adalah buang bulu mata dia.

“Saya tengok macam tiga inci juga masa di rumah Datuk Aliff Syukri hari itu.

“Kedua, saya mahu kembalikan penampilan seperti zaman saya menjadi pembantu peribadinya dahulu, iaitu pakaian yang lebih ringkas, minimal dan hanya menggunakan maksimum dua tona warna sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Iqbal turut memuat naik beberapa foto lama yang memaparkan gaya Vida ketika mereka masih bekerjasama, dengan penampilan yang disifatkannya lebih sederhana tetapi tetap menyerlah.

Katanya, konsep minimalis bukan bermaksud menghilangkan identiti asal Vida, sebaliknya menampilkan sisi berbeza yang lebih eksklusif dan sofistikated.

“Bukan menghilangkan identiti asal, cuma penampilan dibuat lebih minimal. Ini contoh untuk majlis grand, dua tona warna sudah cukup mewah.

“Beg tangan itu hadiah daripada saya, kalau tidak silap saya beli sekitar RM40,000.

“Rasanya pakaian ringkas begini, sesekali pun sudah cukup mewah dan nampak lebih bagus. Solekan juga lebih minimal,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN