Bukan mudah bercinta dengan duda atau janda - Fazley Yaakob

Bukan mudah bercinta dengan duda atau janda – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Fazley Yaakob berpendapat realiti menjalinkan hubungan bersama ibu atau bapa tunggal bukanlah semudah yang disangka.

Menurut Fazley, tidak ramai yang memahami cabaran yang dilalui mereka setelah menerima kehadiran orang baharu dalam hidup.

“Kepada mereka yang kurang memahami keadaan bapa-bapa tunggal seperti saya dan ibu-ibu tunggal (ramai), bukan mudah untuk menerima orang baharu dalam hidup masing-masing

“Memanglah apabila dua insan bercinta, semuanya kedengaran indah. Namun realitinya ibarat makan jering. Sampai ke akhirnya masih terasa kelatnya,” katanya di Threads.

Tambah penyanyi lagu Asmara Ini tersebut, setiap individu yang mahu menjalinkan hubungan dengan mereka yang berstatus janda atau duda itu perlu mendapatkan restu daripada anak-anak mereka.

“Sebab apa? Bercinta dengan duda atau janda bermakna mereka juga perlu memastikan anak-anak boleh menerima kehadiran orang baharu itu,” jelasnya.

Malah, Fazley berpendapat kebanyakan pasangan yang menjalinkan hubungan dengan golongan tersebut terpaksa berpisah kerana anak—anak tidak rela menerima kehadiran orang baharu.

“Bukan mudah, ya. Ramai hubungan yang terputus kerana anak-anak tidak dapat menerima ibu atau bapa mereka mempunyai pasangan baharu.

“Jadi tolonglah, berikan sokongan! Jangan mengecam!,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN