Zarif Ghazzi tidak tolak jika ada jodoh dengan Bella Dowanna - Utusan Malaysia

Zarif Ghazzi tidak tolak jika ada jodoh dengan Bella Dowanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi mengakui tidak menolak kemungkinan sekiranya suatu hari nanti dipertemukan jodoh dengan aktres Bella Dowanna.

Bagaimanapun, menurut Zarif, hubungan mereka ketika ini hanyalah sekadar rakan baik walaupun sudah lama saling mengenali.

“Saya memang sudah lama kenal dia. Sebenarnya hubungan kami lebih kepada kawan sahaja. Tetapi seperti yang saya katakan, kalau ada jodoh, tiada masalah. Kami sudah lama berkawan, tetapi memang tiada apa-apa yang lebih,” katanya.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Seribu Tahun itu turut memuji keperibadian Bella yang disifatkannya sebagai seorang yang jujur dan sentiasa menjadi dirinya sendiri.

Menurut Zarif, antara perkara yang membuatkan dia selesa berkawan dengan Bella ialah sikap ikhlas yang ditunjukkan dalam persahabatan mereka.

“Seperti yang pernah saya katakan, dia memang seorang yang sentiasa menjadi dirinya sendiri. Ke mana sahaja dia pergi, dia membawa nama dirinya dengan baik. Dia tidak berpura-pura. Jika dia tidak suka sesuatu perkara, dia akan terus menyatakannya.

“Selain itu, keikhlasan dalam berkawan itu memang ada pada dirinya. Saya suka berkawan dengan orang yang benar-benar ikhlas. Bukan sekadar berkawan untuk kepentingan tertentu. Itulah Bella Dowanna. Dia berkawan kerana ikhlas dan sebab itu saya selesa berkawan dengannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, aktor muda berkenaan mengakui masih belum memikirkan soal jodoh kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya lakonan serta keluarga.

“Buat masa ini belum lagi. Jika bercakap mengenai rumah tangga, rasanya masih jauh. Fokus saya sekarang adalah kerjaya lakonan dan keluarga. Untuk berpasangan, belum lagi.

“Namun, saya tidak mempunyai masalah jika ada pihak yang cuba memadankan kami. Selagi perkara itu tidak melampaui batas, saya tidak kisah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN