“Ya, Abah Saya Security” bawa kisah menyayat hati Aliff Syukri - Utusan Malaysia

“Ya, Abah Saya Security” bawa kisah menyayat hati Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mengangkat kisah pahit manis semasa kecil, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, memilih untuk menghasilkan sebuah filem pendek khusus buat arwah ayahnya sebagai hadiah paling bermakna sempena Syawal.

Berkongsi kisah awal hidupnya, Aliff memberitahu beliau dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, dengan ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang, situasi yang pada awalnya membuatkan beliau malu dengan realiti hidupnya.

“Tujuan utama saya menghasilkan filem ini bukan untuk promosi produk saya, tetapi sebagai hadiah buat arwah ayah saya yang merupakan insan penting di sebalik kejayaan yang dikecapi kini. Saya mahu filem ini menjadi pengajaran dan inspirasi kepada mereka di luar sana.

“Jangan pernah malu dengan permulaan kita, sebab saya pernah melaluinya dan melalui keperitan itu saya ubah kehidupan yang lebih baik,
namun bukan untuk saya tetapi anak-anak,” ujar Aliff.

Memilih filem pendek sebagai medium sempena Raya, Aliff menjelaskan bahawa fokusnya kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penonton, akan pentingnya anak-anak dalam menghargai pengorbanan ayah dan ibu mereka.

“Selepas 20 tahun dalam perniagaan, saya rasa sudah tiba masanya untuk memberi kembali kepada masyarakat. Harapan saya, sempena Hari Raya ini, kita dapat menghargai pengorbanan ayah dan ibu kita, sekaligus menjadikan sambutan Syawal lebih bermakna,” tambahnya.

Sementara itu, pengarah Bobby Husaini memberitahu selain kekuatan jalan cerita mengenai kehidupan awal Aliff, filem pendek ini juga adalah kisah realiti yang dekat dengan masyarakat kita hari ini.

“Pertama kali mendengar kisah ini, saya yakin ia perlu difilemkan untuk memberi pendedahan tentang erti penghargaan terhadap ibu bapa

“Pemilihan Azhan Rani sebagai watak utama pula sesuai kerana wajahnya yang mirip menyerupai arwah ayah Aliff,” katanya.

Selain Azhan, filem pendek ini turut menampilkan pelakon lain seperti Mikael Noah, Niezam Zaidi, dan Megat Sharizal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN