Sarat nostalgia, Shiha Zikir kembali dengan Memori Raya - Utusan Malaysia

Sarat nostalgia, Shiha Zikir kembali dengan Memori Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi versatil, Shiha Zikir, sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Karya tersebut merupakan hasil kolaborasi berterusan antara Shiha Zikir Empire dan Giant Malaysia selepas kejayaan lagu Tum Tum Raya tahun lalu yang mendapat sambutan hangat.

Menurut Shiha, Memori Raya diinspirasikan daripada elemen nostalgia yang dekat dengan jiwa masyarakat, khususnya kenangan indah ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

โ€œWalaupun melodinya rancak dan mudah diikuti, lirik lagu ini mampu menyentuh perasaan serta membawa pendengar mengimbau kembali memori lama.

โ€œApabila saya memperdengarkan lagu ini kepada keluarga, ramai yang tersentuh walaupun rentaknya ceria. Mungkin kerana liriknya mengingatkan kita kepada kenangan silam,โ€ katanya.

Lagu tersebut dihasilkan bersama komposer Iqie Hugh dan John Jeeves dalam tempoh singkat, namun tetap menepati konsep yang diinginkan.

Shiha turut menjelaskan, berbeza dengan karya raya terdahulu yang lebih berentak tradisional dan joget, kali ini beliau tampil dengan pendekatan lebih segar dan moden.

โ€œMemori Raya menggambarkan suasana Aidilfitri yang sinonim dengan kampung halaman, pertemuan keluarga dan masa berkualiti bersama insan tersayang.

โ€œWalaupun kedengaran klise, hakikatnya inilah momen yang sentiasa dirindui setiap kali tibanya musim perayaan,โ€ ujarnya.

Tambah Shiha, idea menghasilkan lagu tersebut tercetus secara spontan ketika Ramadan, dengan proses rakaman dan penerbitan dilakukan dalam tempoh yang pantas.

โ€œWalaupun keputusan dibuat dalam masa singkat, saya tetap memastikan semuanya berjalan lancar. Saya juga gembira dapat kembali bekerjasama dengan Giant Malaysia dalam menjayakan projek ini,โ€ katanya.

Mengulas mengenai kolaborasi tersebut, Shiha berkata kerjasama bersama Giant membuka peluang untuk beliau lebih mendekati masyarakat melalui pelbagai kempen dan aktiviti yang dianjurkan.

โ€œSaya dapat berinteraksi dengan lebih ramai orang kerana Giant banyak membantu masyarakat. Saya juga berpeluang turut serta dalam inisiatif kebajikan yang dijalankan,โ€ katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Giant Malaysia, Andre Lim berkata, pemilihan Shiha sebagai rakan kerjasama dilihat tepat berdasarkan personalitinya yang ceria dan dekat dengan masyarakat pelbagai lapisan.

โ€œKerjasama kami bersama Shiha Zikir dan Shiha Zikir Empire sebelum ini memberikan hasil yang sangat memberangsangkan.

โ€œBagi kami, konsistensi amat penting dalam membina kepercayaan jenama, dan Shiha memiliki kelebihan tersebut,โ€ ujarnya.

Dalam pada itu, sempena Aidilfitri tahun ini, Giant Malaysia turut memperkenalkan kempen utama bertemakan Jimat Berganda, Raya Bergaya yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

ย 

BERITA BERKAITAN