Keperibadian tambat hati, setiap masa anak-anak puji Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Keperibadian tambat hati, setiap masa anak-anak puji Syed Saddiq

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dari kaca mata sendiri, penyanyi dan pelakon,Bella Astillah, menyifatkan, tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebagai seorang lelaki budiman dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan.

Bercerita mengenai pertemuan pertama mereka, kata Bella, hubungan mereka sebenarnya telah bermula sejak tahun 2023, namun ketika itu hanya sekadar kawan biasa.

“Sebenarnya kami kenal daripada tahun 2023, tapi masa itu memang hanya kawan. Dan dia banyak tolong orang-orang yang memerlukan bantuan.

“Masa itu kawan saya ada masalah, jadi daripada situ kami berkawan. Tapi kalau kata rapat, genap setahun,” katanya.

Tambah Bella lagi, sifat prihatin dan hormat yang ditunjukkan oleh Syed Saddiq bukan sahaja mencuri hatinya, malah turut memberi kesan mendalam kepada anak-anaknya.

“Sebenarnya selalu, setiap masa anak-anak puji YB. Ayden terutama, dia cakap dia suka tengok YB yang sangat menghormati orang tua. Dia kenal atau tidak kenal, dia tetap beri salam.

“Benda-benda yang baik itu anak Bella nampak. Ayden cakap ‘uncle very smart, baik’, bukan hanya baik dengan Bella dan anak-anak, tapi dengan orang yang tidak dikenali juga,” jelasnya dalam satu hantaran di media sosial Era FM.

Dalam pada itu, Bella turut menitipkan ucapan penuh bermakna buat cinta hatinya itu, sambil meluahkan rasa syukur atas kehadiran Syed Saddiq dalam hidupnya.

“Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana bersama dengan anak-anak Bella juga. Awak memang sangat baik hati. Semoga hubungan ini akan bahagia selama-lamanya. Insya-Allah,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN