Diana Danielle , Francis Roman tampil kelainan dalam Raya Macam Mana

Diana Danielle , Francis Roman tampil kelainan dalam Raya Macam Mana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Melihat keterbukaan pendengar masa kini yang tidak hanya mengharapkan penyanyi menghasilkan lagu raya, pelakon Diana Danielle bersama rakan duetnya, Francis Roman, mengambil langkah berani dengan melancarkan lagu raya versi mereka berjudul Raya Macam Mana baru-baru ini.

Menampilkan kelainan menerusi idea yang ceria dan moden, lagu tersebut disampaikan dalam bentuk dialog muzik sekali gus memberi gambaran segar terhadap konsep lagu raya masa kini.

Ditanya mengenai penerimaan pendengar, Diana berkata dia sentiasa bersedia menerima apa juga pandangan daripada masyarakat. Menurutnya, sebagai anak seni, situasi itu merupakan sebahagian daripada proses dalam berkarya.

“Bila berkarya, kita memang akan terdedah kepada pelbagai persepsi dan tanggapan orang. Jadi itu perkara biasa.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana lagu ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendengar,” katanya.

Sementara itu, Francis menyifatkan peluang menyanyikan lagu raya sebagai kenangan manis buat dirinya. Tambahnya, bagi mencerminkan kepelbagaian budaya masyarakat di negara ini, lagu tersebut turut menyelitkan lirik dalam bahasa Mandarin yang secara tidak langsung menonjolkan semangat perpaduan rakyat Malaysia.
“Saya tidak pernah terfikir akan berpeluang menyanyikan lagu raya, tetapi apabila peluang ini datang, saya tidak mahu mensia-siakannya.

“Dari segi keserasian dengan Diana untuk menyiapkan lagu ini juga tidak sukar kerana saya memang sudah mengenalinya dan tempoh menyiapkan lagu ini pun tidak mengambil masa yang lama,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN