Binatang pun tidak seperti ini - Sarimah Ibrahim

Binatang pun tidak seperti ini – Sarimah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ini bukan lelaki. Ini binatang. Eh maaf, binatang pun tak macam ini.”

Demikian kata pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa berang terhadap tindakan kejam seorang lelaki yang didakwa memukul isterinya yang sedang hamil.

Menurut Sarimah, tindakan individu terbabit yang tergamak menyakiti isterinya yang sarat hamil anak kembar tersebut disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan bahkan lebih teruk daripada haiwan.

Menerusi hantaran di Threads, Sarimah turut berkongsi semula sebuah perkongsian yang tular memaparkan lelaki berkenaan memukul isterinya sebelum melarikan diri.

Kes itu turut mencetuskan kemarahan ramai apabila rata-rata netizen menggesa agar pelaku segera ditahan dan diambil tindakan sewajarnya.

“Tak tahu nak komen apa. Sedih sangat tengok. Ibu bapa perempuan ambillah semula anak. Dia berada di tangan lelaki yang salah. Itu yang kita nampak. Dalam rumah dia mana tahu lagi teruk dia kena,” kata seorang netizen.

“Ini syaitan! Harap-harap kena tangkap cepat! Biar merasa tapak kasut polis macam mana keras lekat kat muka,” komen seorang pengguna media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN