SELAIN Pangako Sa ‘Yo, Jericho Rosales dan Bruno Mars, dunia hiburan Filipina memang tidak berlegar dekat dengan pengetahuan kita di Malaysia.
Selain Thailand dan Indonesia, Filipina tidak kurang hebatnya berkembang dari aspek produk juga bakat tempatannya yang kini melakar nama di dunia perfileman Hollywood.
Terkini, salah seorang jurukamera mereka iaitu Autumn Durald Arkapaw menjadi wanita dan bangsa Filipina pertama yang tercalon untuk kategori Sinematografi Terbaik di Anugerah Oscar menerusi filem arahan Ryan Coogler, Sinners.
Jika diperhatikan, filem-filem dari negara itu juga memikat dari aspek jalan cerita, pembinaan plot dan karakter sehingga berjaya meyakinkan produksi luar negara untuk melakukan naskhah adaptasi. Berikut kami senaraikan antara lima filem dan siri drama yang pernah mendapat sambutan hebat dan diadaptasi oleh beberapa produksi luar negara.
Kita-kita (2007)
Adaptasi: Indonesia, Cinta Itu Buta (2019)

Dalam filem asal tahun 2017, Alessandra De Rossi membawakan watak Lea, seorang pemandu pelancong di Sapporo, Jepun yang buta selepas terlibat kemalangan. Jirannya Tonyo lakonan Empoy Marquez, seorang pekerja luar negara yang menggunakan humor dan kebaikan hati untuk mendekati Lea. Indonesia melakukan adaptasi dan dibintangi Shandy Aulia sebagai Diah (Lea) dan Dodit Mulyanto sebagai Nik (Tonyo). Bezanya, Indonesia mengambil Busan, Korea Selatan sebagai latar tempat.
Sigaw (2004)
Adaptasi: Amerika Syarikat, The Echo (2008)

Menceritakan kisah Marvin (Richard Gutierrez) mula mengalami gangguan aneh apartment baharunya yang uzur setiap malam. Tidak lama itu kejadian menjadi semakin ngeri apabila marvin mula diganggu jelmaan berdarah wanita-wanita berdarah muncul di hadapannya.
Pengarah, Yam Laranas kembali ke kerusi pengarah untuk melakukan adaptasi versi Hollywood yangdibintangi Jesse Bradford (Romeo + Juliet, The West Wing) sebagai Bobby, atau Marvin.
Kadenang Ginto (2018)
Adaptasi: Indonesia, Putri Mahkota (2020)

Naskhah ini pernah menjadi siri drama yang mencipta fenomena setiap petang di Filipina malah pernah ditayangkan di beberapa negara Asia Tenggara. Mengisahkan seorang setiausaha Romina Andrada (Beauty Gonzalez) yang kemudian menjadi isteri kepada taikun Robert Mondragon (Albert Martinez).
Indonesia melakukan adaptasi naskhah ini dengan nama Putri Mahkota dengan watak yang diberi nama baharu seperti nama baharu ialah Mayang Yudittia sebagai Aruna (Romina), Gunawan Sudrajat sebagai Pak Hanif (Robert).
Sana’y Wala Nang Wakas (2003)
Adaptasi: Malaysia, Cinta Tiada Ganti (2018)

Satu lagi siri yang berjaya mencipta fenomena secara tidak rasmi menjadi sekuel kepada Pangako Sa’ Yo ini mendapat sambutan baik di negara-negara Asia Tenggara. Malaysia kemudian mengadaptasi naskhah ini dengan tajuk Cinta Tiada Ganti menampilkan Aedy Ashraf sebagai Riz (Christian lakonan Jericho Rosales) dan Nelydia Senrose sebagai Arabella (Kristine Hermosa).
Hanggang Saan (2017)
Adaptasi: Turki, Bir Annenin Gunahi (2020)

Menceritakan kisah Sonya Alipio, seorang ibu tunggal lakonan Sylvia Sanchez yang mengorbankan nyawa seorang lelaki demi kelangsungan hidup. Siri memaparkan dilemma seorang ibu ini telah diadaptasi oleh produksi Turki dengan nama Bir Annenin Günahi (“A Mother’s Sin”) terbitan FOX Turkey, yang diterajui oleh pelakon Özge Özberk.










